Friday, 31 May 2013

Kematian itu sesuatu yang pasti

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Bijaksana dalam mendidik manusia. Didikannya yang Maha Lembut sesuai dengan sifatNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah yang memaparkan seluruh kisah dengan sepenuh ibrah.
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW, Rasululullah yang menyampaikan kisah benar dengan cara yang benar, jujur dan berkesan. Baginda sangat hebat kerana berjaya mendidik manusia yang menjadi teladan sepanjang zaman. Rasulullah berkesah untuk mencipta sejarah.

Setiap yang bernyawa pasti akan meninggalkan dunia ini, sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah SWT:
كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ وَنَبۡلُوكُم بِٱلشَّرِّ وَٱلۡخَيۡرِ فِتۡنَةً۬‌ۖ وَإِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ

(Surah al-Anbiya’: 35
Maksudnya: Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Tanda kematian terbahagi kepada 6 fasa iaitu:
1. Tanda 100 hari sebelum mati

  • Berlaku selepas asar
  • seluruh tubuh akan mengalami getaran seakan-akan menggigil kecil

 2. Tanda 40 hari sebelum mati

  •  Berlaku selepas asar
  • Daun yang tertulis nama kita di satu pokok da arasy Allah akan gugur.
  • malaikat maut mengambil daun tersebut dan memerhati dan mengekori kita.
  • Bahagian pusat akan berdenyut-denyut.
3.  Tanda 7 hari sebelum mati
  • Tanda ini diberi pada orang yg sakit
  • Tiada selera makan dan tiba2 berselera
4.Tanda 3 hari sebelum mati
  • Bahagian tengah dahi akan berasa berdenyut.
  • Mata hitam tidak lagi bersinar
5. Sehari sebelum kematian
  • selepas waktu asar
  • merasa 1 denyutan di sblah belakang
6. Tanda akhir sblum mati
  •  kita akan merasakan 1 keadaan yg sejuk di bhgian pusat dan sejuk itu akn sekilas turun ke pinggang dan akan naik ke halkum.
               

Tuesday, 28 May 2013

Mudahnya bersedekah

بسم الله الرحمن الرحيم

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda; maksudnya:
"Setiap sendi tubuh manusia wajib mengeluarkan sedekah, setiap hari di mana matahari terbit padanya, engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertelingkah) adalah sedekah, menolong seseorang pada kenderaannya lalu engkau membantunya untuk naik ke atas kenderaannya, atau mengangkat barang-barangnya ke atas- adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju solat adalah sedekah, dan menghilangkan gangguan daripada jalan adalah sedekah."
                     (Riwayat Imam al-Bukhari no. 2827 dan Imam Muslim no. 1007 dan 1009)
Hadith di atas menunjukkan keluasan rahmat Allah kepada hamba-hamba-Nya yang sentiasa melakukan kebaikan dan kebajikan dalam kehidupan seharian mereka. Skop sedekah yang selalu dipandang sempit oleh sebahagian kita sebenarnya terlalu luas pada pandangan Allah. Sedekah bukan hanya terhad kepada pemberian wang atau harta bernilai kepada si faqir, malah lebih dari itu.
Mungkin tanpa disedari, kita telah berkali-kali bersedekah dalam sehari, walaupun tiada sebarang aset atau modal dikeluarkan.
 Inipon dikatakan sedekah:
Tahlil itu sedekah..
Tahmid itu sedekah..
Tasbih itu sedekah..
Takbir itu sedekah..
Menyuruh kepada kebaikan itu sedekah..
Menyuruh meninggalkan keburukan itu sedekah..
Tetapi jika menunaikan solat sunat Dhuha...
ia merangkumi semua yang kita buat di atas.


Senyum juga sedekah.. Tapi senyum lah pada sesuatu yang betul...

Jom nyanyi lagu senyum :)

Jom amalkan doa2 yang mudah


Kenapa perlu baca doa sebelum tidur ye?  kita membaca doa sebelum tidur  untuk menjadikan tidur kita terjaga dari segala bentuk keburukan. Ini kerana sebelum kita tidur kita mengingatinya dan menyerahkan segalanya pada Yang Esa. Kita hidup didunia ini atas segala pinjamannya. Jom amalkan kawan2...agar tidur kita terpelihara dari segala gangguan...
                        

Jangan pula kita lupa menyebut الحمد لله kerana dapat lagi kita melihat keindahan alam Ciptaannya. Kita telah dibangunkan semula selepas waktu rehat yang diberikan oleh Allah S.W.t.. Kenapa perlu berdoa??Semestinya perlu bagi mengucapkan terima kasih kerna telah memberi kita waktu rehat.. Sekiranya tiada waktu tidur, jawabnya semua orang letih la kan...hehehehe...Jom berubah...
Bangunlah diawal waktu untuk menunaikan solat subuh.

                         

Doa ni pula apa faedahnya??setiap doa mempunyai faedah-faedah yang tersendiri. Doa ni pula mesti dibaca sebelum menaiki kenderaan. Doa ini kita memohon daripada Allah SWT agar perjalanan kita dipermudahkan. Allah lah satu2 nya tempat kita memohon pertolongan. 
Berdoalah kita kepada kedua ibubapa kita. Doakan kesejahteraan mereka. Sebagai seorang anak kita perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibubapa. Mereka telah banyak berkorban demi kita.. Tapi apakah balasan kita pada mereka??? Jom fikir sejenak.. Hadiah yang paling berharga adalah dari seorang anak yang soleh kepada ibubapanya...

Monday, 27 May 2013

Indahnya persaudaraan dalam Islam


بسم الله الرحمن الرحيم
Firman Allah SWT:
49:10

sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.( Surah al-Hujurat 49:10)
·        Orang yang menjaga tali persaudaraan adalah orang yang mengeratkan persaudaraan sesama umat islam.
Syarat persaudaraan dalam islam ialah : 
  • Mesti menjalinkan persaudaraan dengan ikhlas kerana Allah SWT. 
  • Mesti berteraskan keimanan dan ketakwaan
  • Berlandaskan manhaj islam
  • Mesti ada konsep nasihat menasihati
  • Saling tolong menolong antara satu sama lain
Sepertimana firman Allah SWT:
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى 
dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa,      
(Surah al-Ma’idah 5:2)
Hak-hak persaudaraan pula ialah:
      -Menjaga keselamatan nyawa, harta & kehormatan
   -Layanan yang baik
   -Perlu memahami perasaan saudaranya
   -Memberikan nasihat serta pandangan
   -Hak dalm berkasih saying
   -Memberikan hadiah
   -Merendahkn diri serta berkelakuan baik
   -Merahmati dan menghormati  
   -Saling bermaafan





Monday, 20 May 2013

Flash Mob PRU 13: Jom turun undi..satu kewjipan.

-->
Flash Mob PRU 13: Jom turun undi
Kempen Jom turun undi telah diadakan pada 24 April 2013 di USIM pada jam 1-2 petang. Kempen ini diadakan bersempena Pilihan Raya Umum yang ke-13. Ianya jjuga diadakan untuk mengajak semua mahasiswa USIM cakna politik dan turun mengundi pada hari pengundian.
Flash Mob ini dianjurkan oleh Sekreteriat Pendakwah Muda Malaysia dengan kerjasama semua Sekreteriat USIM. Kempen ini disambut meriah oleh mahasiswa USIM. Ianya disampaikan oleh 8 orang  pelajar. Antaranya ialah TYDP MPP, Ketua SPMM, dan Pengerusi Kolej KEdiaman KK1 dan Pandan.
Semua dari mereka memberikan pandangan-pandangan untuk mahasiswa balik mengundi. Ianya adalah satu kewajipan bagi seseorang muslim untuk memilih pemimpinnya.
Ianya diadakan untuk mengajak Mahasiswa pulang mengundi bagi menunaikan kewajipan masing-masing. Mereka juga menyatakan bahawa pentingnya satu undi kita untuk menentukan seseorang ketua dan masa depan sesebuah negara. Mereka mengeluarkan ayat2 al-quran yang berkaitan dengan memilih pemimpin.
“Speaker corner” ini bukan untuk mengempen bagi memilih mana-mana parti tetapi ianya untuk mengajak mahasiswa pulang untuk mengundi. Kita selaku Mahasiswa adalah cermin terbaik kepada negara. Ini bermakna baiknya seseorang mahasiswa itu melambangkan baiknya Negara menjelang masa hadapan, kata TYDP MPP. Anak muda penentu masa depan negara.
Menurut wakil pelajar dari Pandan, Mengapa mahasiswa perlu turun mengundi? Mahasiswa perlu tahu akan hak-hak mahasiswa dari segi pendidikan Negara. Jika kita mahu lihat masa depan Negara kita maka lihatlah pemuda  zaman sekarang. Mahasiswa  adalah penentu masa depan Negara.

Friday, 17 May 2013

Pentingnya seorang guru dalam kehidupan


                    guru-guruku di smad raub....sayang cikgu2 semua.....
Sempena hari guru iaitu pada 16 Mei, saya mengucapkan selamat hari guru buat insan yang bergelar guru. Kenanglah jasa guru kita. Kerana mereka kita dapat belajar mengenai kehidupan
Guru ibarat lilin dalam menyinari kehidupan..Guru ialah seseorang yang membawa pengikutnya daripada kegelapan kepada keterangan . 
Besarnya jasa dan pengorbanan seseorang guru itu sukar untuk dibalas. Tanpa guru siapalah kita kerana gurulah yang mengajar kita mengenali erti kehidupan.
          Marilah kita hayati kata2 saidina Ali Karamahu Wajhah yang bermaksud: Hak orang alim ada 7; yang pertama, jangan banyak bertanya dan bertanya sekiranya dia bersedia untuk menjawab. Yang kedua, jangan halangi jika guru hendak berdiri. Yang ketiga, jangan membuka rahsia di hadapan guru. Yang keempat, jangan mengumpat orang di hadapan guru. Yang kelima, hormatilah guru kerana Allah SWT. Yang keenam, jangan duduk membelakangi guru, dan yang terakhir, utamakanlah keperluan guru dari keperluan lain.
          Wahai sahabat2 yang dikasihi, marilah kita menjaga adab dengan guru kita..
-Menurut perintah dan melaksanakan arahan mereka dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang.
-Memberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar.
- Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan cemerlang.
-Mengucap salam setiap kali bertemu guru
- Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar dengan guru
-Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru
-Menghargai ilmu yang diberi oleh guru
-Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan
-Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah.
-Menziarahi guru bila hari perayaan atau ketika guru sakit
-Ucapkan tahniah bila guru mendapat kejayaan dan ucapkan tahziah bila ditimpa musibah.
-sebagai seorang pelajar kita harus tiba di tempat belajar lebih awal dari guru kerana sebagai adab murid tunggu guru dan bukan guru tunggu murid
-jgn sekali2 meyakiti hati guru
Justeru, marilah kita bersama-sama menghargai jasa guru agar ilmu yang kita perolehi daripadanya mendapat keberkatan daripada Alaah SWT…Amin
khas buat semua guru2....

Monday, 6 May 2013

Rasulullah is my Doctor




Rasulullah is my Doctor
Salah satu buku yang saya dapati di pesta buku pada hari rabu lepas. Keadaan di PWTC pada hari itu memang sesak. Ramai orang mengunjungi pesta buku untuk mendapatkan  buku2 terbaru dan mendapatkan discount yang banyak.
Nak cerita apa yang ada dalam buku ni. Saya tertarik dengan kisah Madu.
Madu mempunyai manfaat perubatan luar biasa.Antara kelebihan madu ialah :
  •      Dapat menghilangkan zat berbahaya yang memenuhi pembuluh darah dan usus.
  •       Berguna untuk orang tua menjaga stamina
  •       Mampu  melawan penyakit
  •       Menghilangkan kahak batuk
  •       Ia juga membantu membersihkan hati
  •       Memasukkan setitis madu ke dalam mata waktu pagi dan sebelum tidur, dapat menyembuhkan kesakitan mata.
  •       Madu juga adalah bahan pengawet yg terbaik.
Perubatan cara Rasulullah s.a.w tidak sama dengan apa yang disarankan oleh doctor dan pakar kesihatan. Perubatan cara Nabi s.a.w adalah perubatan efektif dan menyembuhkan penyakit berdasarkan wahyu kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Allah s.w.t. menyatakan dalam surah An-Nahl, ayat 68 dan 69 berkenaan kelebihan madu yang bermaksud :
68. dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan Yang didirikan oleh manusia.
69. kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.
Kita wajib percaya dengan sepenuh hati, Allah s.w.t menciptakan segala sesuatu dan segala sesuatu itu tidak terjadi kecuali dengan kehendak-Nya.