Berniaga adalah salah satu punca rezeki yang halal sekiranya mengikut syariat Islam.. seperti mana yang tertulis dalam alquran yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman. Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Yakni kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (61:10-11)”
Allah menyebut perniagaan kerana perniagaan adalah sesuatu kerja yang menguntungkan.
Berniagalah mengikut cara Rasulullah S.A.W..Sesungguhnya cara yang digunakan oleh Rasulullah adalah cara yang terbaik.
Dalam perniagaan kita perlu ada sikap jujur.Sikap jujur membolehkan ramai orang akan suka dengan apa yang kita niagakan.Sikap lemah lembut juga amat penting dalam perniagaan. tambahan pula dengan bercakap benar.
Apabila seseorang itu mempunyai sikap lemah lembut maka akan ramai menyukai apa yang dikerjakan. Jabir telah meriwayatkan bahawa Rasulullah telah bersabda yang bermaksud: "Allah SWT mencucuri rahmat kepada orang yang berbuat baik ketika ia berjual, ketika ia membeli dan ketika ia membuat tuntutan."Seseorang peniaga juga perlulah ada raut wajah yang sentiasa senyum. Para pelanggan amat menyukai perniaga yang sentiasa senyum. Senyum dan fasih dalam berkata-kata adalah perkara yang disukai pelanggan.
Berniagalah mengikut syariat yang ditetapkan oleh Islam. Pastinya Halal.Dan Jauhilah Perniagaan dari Riba'.