Sunnah Rasulullah S.A.W dalam meminta izin dan mengetuk pintu rumah orang lain.
sebuah hadis hasan sahih daripada Abdullah bin Basar: "Apabila Rasulullah S.A.W berada dihadapan pintu rumah sesuatu kaum, baginda tidak menghadapkan wajahnya ke pintu tersebut. Baginda akan berada di sisi kanan atau kiri pintu, lalu mengucapkan Assalamualaikum. Ini kerana rumah pada masa itu belum memiliki tabir."
( dipetik dari buku 100 sunnah Rasulullah yang dilupakan)
*tabir : langsir
*Ini adalah amalan yang mulia yang sudah dilupakan oleh kebanyakan umat Islam.
*Ucapan salam yang disyariatkan agama ialah mengucapkan Assalamualaikum.
*Kita perlu meminta izin sebanyak 3 kali, setelah diizinkan barulah masuk,sekiranya tiada perlulah pulang. Seperti mana yang terdapat didalam surah An-Nur : 27-28
No comments:
Post a Comment