Baru-baru ini telah diadakan satu program gema selawat usim di dkp3. Program ini sangatlah bagus untuk kita sentiasa mengingati kekasih allah. Tidak semestinya dengan program2 begini sahaja kita baru memperingati rasulullah. Akan tetapi ingatilah rasulullah s.a.w itu dalam setiap detik kehidupan kita.
Rasulullah adalah pemimpin yang perlu diingati dan dicontohi akhlaknya. Rasulullah adalah sebaik-baik ikutan.
Sesungguhnya perbanyakkanlah selawat keatas nabi Muhammad SAW bagi menunjukkan rasa cinta kita kepadanya. Dengan memperingatinya juga kita akan merasakan diri kita hampir dgnnya.
Sabda Nabi s.a.w. bermaksud:
“Barang siapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat, nescaya Allah s.w.t. akan berselawat ke atasnya sepuluh kali” (Hadith riwayat Imam Muslim)
Antara fadhilat bersalawat adalah:
• Seseorang itu akan beroleh syafaat yang khusus dari Rasulullah diakhirat kelak
• Seseorang itu akan selalu berada bersama Rasulullah diakhirat kelak
• Malaikat akan selalu berdoa untuknya selama mana ia berselawat kepada Rasulullah.
Marilah sama2 kita perbanyakan rselawat keatas nabi junjungan Muhammad SAW. Jadilah umat yang terpilih di akhirat kelak.

No comments:
Post a Comment